They are APPRECIATED :D

Saturday, December 29, 2012

School stuff done already (Y)

Assalamulaikum,





Bari balik dari tesco. Beli makanan nak bawak balik sekolah and some home stuffs. Aku ni customer tegar tesco. Haha.

Aku beli manyaks gila makanan. No wonder la kan sebab aku ni asal balik dorm bukak loker mesti amik makanan. Sebab tu tak slim slim. Ciss.

Makanan sabun basuh baju,softlan and so whatever-,- banyak lagi kat bawah tu.

Orang gemuks comel kene minum low fat -,- 

Then pegi Guardian. Shampoo bagai.

Lunch:) at Kluang Station. First time. Not bad laa.

Tudung sekolah dah beli and ianya saaaaaangat labuh -,- ibu suruh amik yang tu. Hmmm . Takpelah. Ramai jugak pegi Tesco harini,aiesya,adda. Eh 2 orang je ramai hape. Ramai la lebih dari satu . hehe. Hm text dengan Zakiyah tadi. Tetiba rindu dia. Jumpa lagi 2 hari ye :')

Till then <3

Friday, December 28, 2012

Zaman tadika ;)

Assalamualaikum,





Hey ho! dah makan? Aku baru lepas makan. Dinner + supper. Dinper! okay merepek. Horlick ais sedap gitu. pehpeh. Berbalik kepada topik. Zaman tadika ni nak ceghita. Hehe

 Dulu zaman aku tadika aku tinggal kat kedah.Jauh kan dari melaka ni. Hmm first tadika yang aku masuk aku lupa la nama dia apa. Time 5 tahun. Aku rasa aku datang sekolah time tu 2 hari je kot. Bukan sebab malas bengehong tapi sebab dibuli. Ulang DIBULI! Kesian kan aku -,- sampai hati pembuli pembuli tu. Kalau aku jumpa aku buli mereka balik.Ceh dendam. Aku pun tak hingat sape classmate aku dulu.


Dah kena buli pindah sekolah, ala dekat dekat situ je. Lebih kurang 1 minit jalan kaki dari sekolah lama. Haha dekat kan? Tadika pasti Tmn Rakyat Jalan Sultanah. eh betol ke? Takpe tibai. Haa kat situ ramai kawan.Cikgu baik. Tak kena buli. Haha. Islamik youu sekolah situ. Suka suka >< Sambut birthday semua lah. Kanak kanak ;)

 Look! i just found it in my mother's room. Kenangan:')



When i was 6 years old, our family moved to Melaka :) disebabkan time tu dah nak hujung tahun so aku just jadi budak tumpang kat tadika kemas depan rumah. Hehe. Orang lain pegi sekolah pakai uniform biru ada kotak kotak sikit. Aku? pakai baju kurung. Tak kisah kaler hape or style. Naa special kan aku? Haha. Rindu zaman kanak kanakss . 


Till then <3




Thursday, December 27, 2012

Change ;)

Assalamualaikum,





Mata dah ngantuk but i still want to write this entry -_-



As you all know that next year, muslimah students in SBPI SELANDAR were directed to wear tudung labuh. At first aku membebel macam mak nenek "laa mana boleh. Sukahati aku la. Hish ape ni.Lantaklah" I just realized that jahil aku waktu tu. Benda baik aku lawan lawan. Mereka tak suruh pakai tudung selabuh telekung,just satu tapak tangan lepas bahu. Okay apa,nasib aku amek teknikal. Insyaallah. :)




I was chatting with him tadi and suddenly dia cakap, "kalau awak tudung labuh kan okay :)". Agak tersentap tapi coolio je. I told him that insyaallah starting from next year. Bukan kat sekolah je but kat luar and i felt that he was so glad to hear that. He told me to wear handsocks too. Peeps, do pray for me. Hijrah. Change for the better. okay okay. Sayang semua :-* To awak, thanks for giving me support. Act,dah lama nak tapi belum dilaksanakan :) hm mata dah tutup bukak tutup bukak. Its time to sleep. Bye readers ><
 
 
 
Till then < 3











Kahwin mariii :D

Assalamualaikum,

"Ibu,can i get married now?" agak agak apa ibu aku cakap. Bengong,hilang akal,buang tebiat. Haha.Sengallllsss.

Few minutes ago, i watched Maria Elena's wedding and nikah videos. While watching the videos ,ada awan awan putih keluar dari kepala hotak*okaytipu and on the cloud ada aku dengan tuttt wearing baju pengantingg. Sweet gituw. Aww aww. Haha. Seriously jeles dengan Maria cause she and her husband Asfirdaus were so sweet in the video. Thats why aku rasa tak sabar nak kahwin. Bengong -,-


"Farisha,kau ingat kahwin tu benda benda ayam je ke. Senang. Akad nikah haa dah kahwin" Haaa i know la.Kahwin bukan perkara remeh. Its all about tanggungjawab,your future and many more :) lets not talk about kahwin la. Im still young . People call me budak kecik. Redha-,- Live while we're young . Yeahhhh ;)


 May ALLAH bless your relationship. Husband and wife till JANNAH :) *merekasukabuatmukapeliks ><

Till then <3










Wednesday, December 26, 2012

People change according to the lifestyle -_-

Assalamualaikum,


Hai youuuuu. The comel comels yang tengah baca tu. cehceh. Hm act post ni pasal someone. hewhew. Not very special but extremely special. *senyumtersipumalu. Since dia habis exam jarang contact dah.Sampailah haritu i got my internet back at home. Kerap jugak chatting. He changed. Not like before. hmm busy. kerja. lesen.penat. And because of that thingsss dia jadi berubah. Hisnew lifestyle. Never mind, faham. I need to just keep thinking positive. :) Deep from my heart, rindu <3 *silalempangkalaurasamenyampah. Haha. Hm tidur mahu sudah. ayat leng leng. Bye comels:-*


pic by aina ameera :) 

Till then < 3




Saturday, December 22, 2012

Peribahasa yang direka :P



Assalamualaikum,





Last night text dengan tuuutt *cantmentionname sampai berapa pagi. Kalau text dye emang macam macam cite keluar. We create our own peribahasa which is dipetik dari peribahasa melayu tapi sesuka hati limpa jantung kitaorg nak tukar. Haha :D



"Abang borek adik rintik"

Haha ape kejadahnya membuat peribahasa sendiri tengah tengah malam. Pastu dye yang tido dulu. Hailaa -,-






Till then <3

Bila ibu & anak bershopping ^^

Assalamulaikum,

Ni hao ma? cewah cewah.




Tomorrow im going to Batu Pahat for a wedding ceremony. Sedara belah ayah. Suddenly petang tadi ibu cakap "eh takde baju la nak pakai esok,semua baju dah banyak kali pakai".
Ala ibu nak beli baru letuw macam tak tau pulak. Hm act aku pun takde baju nak pakai. In that case ajak ayah pegi tesco cari baju sebab sana agak banyak  choice.



After asar siap siap mandi then pegi Melaka raya jap. Ayah tetiba bawakpegi sana ikut aje la. Then masuk kedai hiasan rumah dengan barang barang doorgift. Entah apa nama kedai tu dah lupa --' Kat sana tak beli apa pun. Tengok tengok je. Nothing interesting there. Hokaloh . Pegi beli beg sekolah kat kedai sukan nearer. I choosed grey and pink colour. Cantik :)

Lepastu baru pegi tesco. At first nak attack first lady tapi dah terpikat dengan jubah moden kat kedai lain. Muka teruja msuk fitting room. Haa muat muat. Okay bayar :) Cari tudung susah pulak nak cari warna padahal warna pink je. Ye ah tak nak lari colour nanti spoil.* haila minah,cerewet. Turn ibu pulak cari baju. Aku rasa tadi dekat 10 kali pusing pusing dalam kedai tu. Haha. Rambang mata @_@ At last aku bagi ibu 2 pilihan je. Tapi aku jugak yang pilih.

Kalau shopping dengan ibu,asyik nak lawan cakap je.


Aku: haa ibu yang ni yang ni,Cantik la ada manik bla bla bla.
Ibu: eeee tak nak la nampak gemok
Aku: eh tak la. ni kan garis tegak tegak. nampak kurus nanti.
Ibu: yeke? *belekbelek. Eh ni apa ni.Alaa rosak. tengok ni.
Aku: sikit je tak nampak la
Ibu: ada ke tak tudung nak pakai ? kang tade tudung pulak.
Aku: eh ada. yang ada batu batu depan tuu. haa warna dye ala ala ni sikit.

Ibu took about  3 minutes to decide. Look! asal nak pilih benda kiteorg mesti macam ni. Semua pendapat aku keluarkan. Usually pendapat kiteorg sama.Tapi kalau tak sama gaduh -,- Haha. Ibu makes me penat membebel. Papepon, Ibu is the most important person in my life. Sayang ibu <3

Till then.


Friday, December 21, 2012

Its all about PMR from A to Z ;)

Assalamualaikum,








Berbulan bulan tak post and i just feel like "ahhhh rindunya rindunya nak membebel kat blog".So that bila dah free cenggini i will start habit lama which is bebel kat sini. Hm harini terasa mood nak cerita pasal experience menjadi PMR candidates. Seumur hidup sekali kottt. So this is the bebel-ing start.


Start sekolah dah siap sedia diri untuk jadi busy kemain dengan kelas semua. Lagi pulak awal tahun ada merentas desa and hockey training. That time serious penat dan gelap. Hm sunburned..... *suaraannoying.Petang turun padang,malam kelas,tengah malam homeworkss and study. It was so tiring.


Bila tengah tahun dah takde training semua tu okay sikit. But time tu laa kelas tambahan makin rancak. And the most paling tak boleh bla kelas 6.30 A.M . Repeat, 6.30 A.M! wahhhh bangun pagi pagi buta siap siap mandi and azan terus turun surau then naik kelas. Breakfast pung tara. Haiyaaa -,- *tu yang bila rehat kemain laju pegi kantin. Tapi kalau weekend teacher bagi la pegi DM makan. Takde la kejam sangat cikgu aku. Malam,every night ada kelas. Mula mula penat tapi lama lama dah lali. Hm i was in Group A that time. Rasa macam tak layak je duduk dalam group tuu. Hee merendah diri walaupun diri memang rendah. LOL :P


Masa berlalu dengan sangat pantas. Suddenly dah august. We had our trial for SBP and Melaka. I have try my best. Nak tau result? Tak payah la tak payah laaa. kita maluu ><' awwaww Hehe. Habis trial kitaorg start kelas anjal. "eh anjal? kelas apa tu.rawatan muka?" haha mesti hampa pikir macam tu en. No laa,its like macam kelas tambahan jugak. Belajar sekali 1 form. Banyak buat test je time tuuu. Main pun ada.Hehe



Jengjeng esok  9 oktober,matilaa akuuuuu! And the PMR examination started. Debau debau hati itew time tuu,rasa nak tercabut.*mintak pelempang --'. Dengan tenang menjalani peperiksaan for 4 days. I amek Arab youuuu. Emang habis lambat. Hm number giliran time tu MC027K50. Masa mula mula dapat macam kecewa, nak 55 sebab suka number 5 tapi pulak sukahati aku je nak tukar tukar. Okay la kan ada jugak 5. Last day exam,baru pengawas peperiksaan tu cakap "masa tinggal 10 minit lagi.Calon diminta untuk tidak keluar dewan". Masing masing dah tak sabar. Sengih sengih macam kerang busuk. Eh itu aku. hehe. "Masa menjawab telah tamat,calon diminta untuk bla bla bla" cepat la amek kertas ni nak balik nak balik. Tengah duduk lagi suddenly ustazah datang and peluk aku tanya okay ke tak, Sempat bincang kejap.Huahua. Bila keluar dewan aku rasa macam tak percaya PMR dah habis.Gila gila tak percaya. Sekejap je.


 When the school holiday started,aku duk menganggur je kat rumah waiting for 
19 th Disember which is last 2 days. Result brahhhhh. Oh cuak gilaaa laa wa cakap lu. Hehe. Alhamdulillah , i got 8A 1B. Even tak penuh tapi ibu kata takpe,bersyukur. Baik ibu :) So that ramai la yang wish wish dan ada yang nak bagi hadiah. Wahhh terima kasih semua..*mukateruja. So that i would like to thank all my teachers for teaching me till now. Dapat result yang baik. I pray that Allah will bless all of you :') Tak lupa to my parents,sibling,sepupu sepapat,mak sedara,bapak sedara,nenek,atok yang menyokong diri ini selama ini. Thank you :D






Berakhirlah zaman PMR aku.Alhamdulilah. Tamat;)


Till then <3






Thursday, December 20, 2012

After a long long timeeee ;)


Assalamualaikum,

haiiiiiiiiii !lama dah tak post. Act, takde masa nak update. PMR la katekan
but now its ooooooooveeerrrrr :D result pun dah dapat. nak tau? haaa wait for another post.
Till then,bye.