They are APPRECIATED :D

Thursday, March 28, 2013

JAWAPAN BM HARGA REMAJA

SITI SIANAH (SET 1)


  1. Maksud rangkai kata terkadang muka dibubuh pupuri ialah melumuri bedak di seluruh anggota bdan seata-mata untuk mengaburi mata orang dari melihat kekurangannya.
  2. Pada pendapat saya,golongn wanita perlu dihormati kerana wanita yang melahirkan zuriat didunia ini. selain itu,wanita mempunyai sikap yang lemah-lembut dan keibuan tidak seperti lelaki. oleh itu, wanita perlu dihormati kerana banyak jasa yang mereka telah berikan.
  3. terdapat 2 persoalan dalam syair iaitu persoalan sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak contohnya, ada wanita yang sanggup menghabiskan wang ringgit semata-mata untuk menarik perhatian lelaki. selain itu,persoalan ketaatan kepada ALLAH. wanita erlu mengikuti dan mematuhi perintah ALLAH iaitu mmenutup aurat dan mmenjaga pergaulan di antara lelaki dan perempuan.
SITI SIANAH (SET 2)

  1. Dua sifat wanita yang terdapat dalam syair terdapat dalam syair tersebut ialah wanita yang ketawa mengilai dan wanita yang berhias secara berlebih-lebihan.
  2. pada pendapat saya,cara-cara untuk menjadi seorang wanita yang disanjung ialah dengan mengamalkan sikap besederhana dan sifat seorang wanita yang bersopan-santun,berbudi bahasa tetapi tegas dalam melakukan sesuatu perkara.
  3. 2 pengajaran yang terdapat dalam syair tersebut ialah seorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati orang lain. kita tidak harus terlibat dalam aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran.
DEFINISI ORANG BERAKAL (SET 1)

  1. Rngkai kata perintah syarak ialah suruhan hukum Islam
  2. pada pendapat saya , orang yang berakal akan selalu disanjung tinggi kerana orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh serta patuh pada perintah ALLAH dan mengikut hukum syarak. selain itu, orang berakal menjadi tempat rujukan orang lain. tambahan pula,mereka sentiasa mendampingi ilmu.
  3. 2 pengajaran yang terdapat dalam syair ini ialah kita haruslah mencontohi ciri ciri orang uang berakal seperti para anbia dan aulia agar kehidupan akan lebih bahagia . kita hendaklah patuh pada hukum syarak agar terhindar daripada kemungkaran.
PUISI GURINDAM 12 FASAL KEENAM (SET 2)

  1. MAKSUD RANGKAP PERTAMA IALAH saranan memilih teman yang dapat membantu ketika susah senang
  2. kesan jika kita menuruti pesanan dalam puisi ini ialah kehidupan lebih senang kerana mempunyai teman yang setia. selain itu segala masalah dapat diselesaikan serta membimbing kita sekiranya berguru dengan orang yang benar benar berilmu. seterusnya,hubungan suami isteri berkekalan hingga akhir hayat.
  3. pengajaran yang terdapat dalam gurindam ini ialah kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami kita agar susah senang kehidupan dapat ditempuhi bersama. selain itu, suami seharusnya memilih isteri yang taat serta setia supaya hubungn berkekalan.
PUISI SELOKA EMAK SI RANDANG (SET 2)

  1. sikap negatif emak si randang ialah emak si randang lebih mengutamakan orang asing dariapada anaknya sendiri. selain itu,emak si randang juga seorang yang sanggup berhabis-habisan dan berhutang demi tetamunya
  2. pada pendapat saya, jika kita bersikap seperti emak si randang , kita akan dibenci oleh ahli keluarga kerana mengabaikan keluarga. selain itu, kita akan terpaksa menanggung kesusahan kita sendiri jika kita bersikap seperti emak si randang yang sanggup berhabis-habisan demi tetamunya.seterusnya,kita akan menanggung kerugian jika kita bersikap seperti emak si randang . akhir sekali , kesan jika kita bersikap seperti emak si randang ialah hubungan kekeluargaan akan terjejas.
  3. antara persoalan yang terdapat dalam seloka ialah persoalan pemikiran rasional ketika melakukan sebarang tindakan. selain itu,persoalan tentang tanggungjawab seseorang itu terhadap keluarganya. akhir sekali,persoalan tentang pembaziran yang perlu dielakkan juga terdapat dalam seloka ini.
SELOKA EMAK SI RANDANG (SET 3)

  1. MAKSUDNYA IALAH MELEBIHKAN orang lain daripada anak sendiri
  2. 3 cara untuk melayan tetamu ialah dengan membuatkan tetamu berasa selesa semasa berada di rumah. seterusnya kita perlu menjag tutur kata ketika sedang berbicara bersama tetamu. akhir sekali ,kita perlulah sentiasa menghulurkan bantuan jika perlu kepada tetamu sepanjang persinggahan mereka di rumah.
  3. nilai yang terdapat dalam seloka ini ialah kebijaksaan. contohnya seseorang perlu bijak menggunakan akal fikiran dalam melakukan suatu tindakan. selain itu, nilai yang dapat diambil ialah berbudi. contohnya, kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada.
SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL (SET 2)

  1. MAKSUD baris ketiga dan keempat rangkap terakhir ialah seseorang itu perlu menimba ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu dan membuat penelitian terhadap sesuatu perkara.
  2. pada pendapat saya,kita perlu menggunakan akal fikiran dalam setiap tindakn kerana tanpa akal fikiran yang waras kita akan bertindak diluar jangkaan contohnyamencederakan orang lain. selain itu, kita tidak akan mudah diperdaya oleh orang lain. seterusnya,jika kita menggunakan akal fikiran, setiap pekerjaan yang dilakukan pasti mendatagkan hasil.
  3. 2 persoalan yang terdapat dalam syair ini ialah ketinggian status orang yang berilmu seperti mencontohi golongan anbia' dan aulia' yang tidak pernah jemu menuntut daan menyebarkan ilmu. selain itu,kebijaksaan orang yang berakal dapat menyelesaikan masalah contohnya orang yang berakal menyelesaikan masalahnya dengan mengkaji punca dan mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah.


P/S: SORRY LAMBAT. BUSY. SIAPKAN TAU. KESIAN CIKGU MARIYA NANTI. ADA CERTAIN TAKDE SEBAB AKU TAK TAHU PADA SIAPA. NI JE YANG ADA. BTW JANGAN LUPA PORT LUCK ;)